Skip to content

RANGKAIAN KERETA SEWA EKSKLUSIF · SEMENANJUNG MALAYSIA

Kenderaan Premium.
Untuk Pelanggan Terpilih.

SEWOLAH menghubungkan pelanggan yang layak dengan rangkaian kenderaan berkualiti di seluruh Semenanjung Malaysia — daripada sedan eksekutif hingga MPV mewah. Setiap tempahan melalui proses permohonan, saringan dan pengesahan.

  • Melalui permohonan sahaja
  • Minimum 3 hari bekerja
  • Tertakluk kepada availability

13

Negeri & Wilayah Persekutuan di Semenanjung

5

Kategori pelanggan dilayan secara khusus

100%

Permohonan disaring sebelum disahkan

3 hari

Notis minimum — tiada tempahan last minute

TENTANG SEWOLAH

Sebuah rangkaian, bukan sekadar kaunter sewa.

SEWOLAH beroperasi sebagai rangkaian penyedia kenderaan bersama rakan fleet terpilih, termasuk rakan strategik kami Go Green Matrix. Ini membolehkan kami menawarkan pilihan kenderaan yang lebih luas di pelbagai lokasi Semenanjung Malaysia.

Kami tidak menerima semua tempahan. Setiap permohonan dinilai berdasarkan kelayakan pemohon, tujuan sewaan dan availability kenderaan dalam rangkaian. Pendekatan ini memastikan setiap kenderaan dijaga dengan baik dan setiap pelanggan menerima standard perkhidmatan yang konsisten.

Rakan Strategik Go Green Matrix

STANDARD SEWOLAH

Mengapa tempahan kami melalui permohonan.

01

Pelanggan Terpilih

Setiap pemohon disemak terlebih dahulu. Ini melindungi kualiti kenderaan dan pengalaman semua pelanggan kami.

02

Kenderaan Terjaga

Kenderaan dalam rangkaian kami diperiksa dan disediakan sebelum diserahkan kepada pelanggan.

03

Seorang PIC, Satu Urusan

Tempahan anda diurus oleh person-in-charge yang sama daripada semakan hingga penyerahan kenderaan.

04

Telus & Berjadual

Sebut harga, terma dan jadual diberikan secara bertulis sebelum tempahan disahkan.

SIAPA YANG KAMI LAYAN

Perkhidmatan mengikut kategori pelanggan.

Pilih kategori yang paling hampir dengan keperluan anda. Borang permohonan akan disesuaikan mengikut kategori tersebut.

Rent With Confidence.

Individu & Keluarga

Percutian, balik kampung, urusan peribadi atau perjalanan bersama keluarga dengan kenderaan yang selesa dan sesuai.

Korporat & Syarikat

Kenderaan untuk eksekutif, tetamu syarikat, roadshow dan lawatan perniagaan dengan dokumentasi yang teratur.

Majlis & Acara Khas

Perkahwinan, ketibaan tetamu VIP, acara korporat dan majlis keraian yang memerlukan kenderaan berprestij.

Sewaan Jangka Panjang

Sewaan bulanan atau lebih lama untuk individu dan syarikat yang memerlukan kenderaan secara berterusan.

KELAS KENDERAAN

Dari sedan eksekutif hingga MPV mewah.

Antara contoh kenderaan dalam rangkaian kami. Model sebenar disahkan selepas semakan availability.

  • Sedan Eksekutif
  • SUV Keluarga
  • MPV Premium
  • Kenderaan Mewah
  • Kenderaan Korporat

Tidak jumpa model yang anda cari? Nyatakan dalam borang permohonan — team kami akan menyemak rangkaian kenderaan untuk anda.

LIPUTAN RANGKAIAN

Merentasi Semenanjung Malaysia.

Penyerahan kenderaan boleh diatur di lokasi utama setiap zon, tertakluk kepada availability dan pengesahan.

01

Zon Utara

  • Perlis
  • Kedah
  • Pulau Pinang
  • Perak

02

Zon Tengah

  • Selangor
  • Kuala Lumpur
  • Putrajaya
  • Negeri Sembilan

03

Zon Selatan

  • Melaka
  • Johor

04

Zon Pantai Timur

  • Pahang
  • Terengganu
  • Kelantan

Lokasi penyerahan lazim

  • Lapangan terbang utama
  • Hotel & kediaman
  • Pejabat korporat
  • Stesen pengangkutan awam

PROSES TEMPAHAN

Empat langkah sebelum kenderaan diserahkan.

  1. 01

    Hantar Permohonan

    Isi borang permohonan dengan butiran sewaan, kategori pelanggan dan maklumat perhubungan.

  2. 02

    Semakan Kelayakan & Availability

    Team SEWOLAH menyemak permohonan anda serta availability kenderaan dalam rangkaian kami.

  3. 03

    Saringan & Verifikasi

    PIC kami menghubungi anda untuk proses saringan, semakan dokumen dan pemberian sebut harga.

  4. 04

    Pengesahan & Penyerahan

    Selepas pengesahan bertulis, kenderaan disediakan dan diserahkan mengikut jadual yang dipersetujui.

POLISI TEMPAHAN

Sila baca sebelum memohon.

Minimum 3 hari bekerja

Permohonan mesti dibuat sekurang-kurangnya 3 hari bekerja (Isnin–Jumaat) sebelum tarikh ambil kenderaan.

Tiada tempahan last minute

Permohonan untuk hari yang sama atau dalam tempoh notis minimum tidak akan diproses.

Tertakluk kepada availability

Model kenderaan bergantung kepada availability semasa dan boleh digantikan dengan kelas yang setara.

Pengesahan bertulis

Tempahan hanya sah selepas saringan selesai dan pengesahan bertulis diberikan oleh team SEWOLAH.

SOALAN LAZIM

Perkara yang sering ditanya.

Kenapa saya perlu isi borang permohonan dahulu?

SEWOLAH beroperasi secara eksklusif. Borang permohonan membolehkan team kami menilai kelayakan, menyemak availability dan memadankan kenderaan yang sesuai sebelum menghubungi anda. Ini juga memastikan setiap urusan direkodkan dengan teratur.

Boleh saya tempah kereta untuk esok atau lusa?

Tidak. Kami memerlukan notis sekurang-kurangnya 3 hari bekerja sebelum tarikh ambil kenderaan. Tempahan last minute tidak diterima bagi memastikan proses saringan dan penyediaan kenderaan dapat dijalankan dengan sempurna.

Adakah semua permohonan akan diluluskan?

Tidak semestinya. Setiap permohonan dinilai berdasarkan kelayakan pemohon, maklumat yang diberikan dan availability kenderaan. Team kami akan memaklumkan keputusan selepas proses saringan.

Kawasan mana yang diliputi?

Rangkaian kami meliputi seluruh Semenanjung Malaysia — Zon Utara, Tengah, Selatan dan Pantai Timur. Lokasi penyerahan sebenar disahkan semasa proses tempahan.

Bagaimana dengan harga sewaan?

Sebut harga diberikan selepas semakan kelayakan dan availability, kerana ia bergantung kepada model kenderaan, tempoh sewaan, lokasi dan keperluan khusus anda.

Saya datang dari luar KL melalui KLIA. Ada perkhidmatan khusus?

Ya. Kami mempunyai perkhidmatan khusus untuk pelanggan outstation dan lapangan terbang. Anda boleh memilih kategori "Outstation & Lapangan Terbang" dalam borang, atau melihat halaman Outstation kami.

MULAKAN PERMOHONAN

Rancang lebih awal. Bergerak dengan yakin.

Hantar permohonan anda sekurang-kurangnya 3 hari bekerja sebelum tarikh perjalanan. Team SEWOLAH akan menyemak dan menghubungi anda untuk langkah seterusnya.

Mohon Tempahan